Wednesday, August 17, 2011

Hilang!

 
Assalamualaikum.
 
Hmm. Lama gila tak update blog.
Mood malas melampau-lampau.
Suruh datang, tak nak datang. heh

Now, aku nak introduce drama Hilang kat tv9.
Drama ni main every Monday and Tuesday every week pukul 8.30 mlm.
Best gila wok!!
Actors and actresses mmg mantap!
Emosi sampai punya.
 
Oleh sebab aku baik hati hari ni,
Aku carikan sinopsis drama ni.
Korang baca lah ekk.
Pastu, korang kene tengok.
Baru faham.
 
If korang miss tengok drama ni,
Korang boleh tengok kat website Tonton.
Teknologi hujung jari je beb!
Semua ada. kan? kan?
Hebat! *big claps*
 
Sinopsis drama:
 
Drama terbitan Pena Creative Sdn. Bhd (Pn. Hajjah Ziela Jalil) ini  mengisahkan tentang keluarga Salina dan Salimah (Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah), dua saudara yang begitu akrab. Salina dan Azrul( Zul Ariffin) merupakan pasangan kekasih dan akhirnya mereka telah melangsungkan perkahwinan.Walaupun telah beberapa bulan berkahwin, kepercayaan Salina terhadap suaminya kian pudar kerana Azrul sering di ganggu oleh setiausahanya Malina (Julia Ziegler) dan Salina risau jika Azrul tergoda dengan pujuk rayu Malina.
 
Suatu hari Salina mendapat tahu dirinya mengandung. Ini membuatkan seluruh keluarganya berasa gembira tetapi Malina pula berperasaan sebaliknya. Ketika kandungan Salina berusia tujuh bulan, Salina terlibat dengan kemalangan ketika pulang dari bersiar-siar bersama Azrul. Akibat kemalangan tersebut Salina telah hilang ingatan dan anak di dalam kandungannya terpaksa dikeluarkan tidak cukup bulan. 

Setelah keadaan Salina pulih, dia dimasukkan kedalam wad mental.Azrul tidak tentu arah dan dia bernasib baik kerana Fauziah ibu mertuanya serta Salimah membantunya menguruskan anaknya yang "kehilangan" ibu itu. Fauziah amat bersyukur kerana Salimah sanggup menjaga Rina,anak kakaknya itu.

Salimah mempunyai teman lelaki tetapi apabila Fauziah meluahkan hasrat hatinya untuk mengahwinkan Salimah dengan Azrul, Salimah berasa serba salah. Namun demi kakak tersayang Salimah telah mengorbankan cintanya. Ini membuatkan Malina semakin berdendam kerana usahannya untuk memikat dan menggoda Azrul tidak menjadi.

Ketika menghadiri mesyuarat Azrul mendapat panggilan daripada hospital mengatakan bahawa ingatan Salina telah pulih.Azrul, Salimah dan Fauziah amat gembira namun pada masa yang sama risau kerana tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Salina keadaan terkini keluarga mereka.
 
 
Selamat menonton kawan-kawan!
 
p/s : eksaited gila nak taw ending cite ni. Cmne Azrul nak explain kat Salina yang dia actually dah kawen ngan Salimah. Mne boleh husband kte kawen ngan adik beradik kte kan? if only if one of them tu passed away.  Then, baru leh kawen ngan adik beradik tu jugak. So, dia nak ceraikan yg mana 1?? Sama2 kte tunggu dan lihat ye.

1 comment:

Anonymous said...

salimah tuh bukan anak angkat makcik poziah ke?adik mkck poziah meninggal eksiden,so dielah yg take over jaga salimah.kira salimah ngn salina tuh cousin lah..hehehe.nih mesti tak teygok dr awl nih!kuikuikui:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...