Wednesday, August 17, 2011

Hilang!

 
Assalamualaikum.
 
Hmm. Lama gila tak update blog.
Mood malas melampau-lampau.
Suruh datang, tak nak datang. heh

Now, aku nak introduce drama Hilang kat tv9.
Drama ni main every Monday and Tuesday every week pukul 8.30 mlm.
Best gila wok!!
Actors and actresses mmg mantap!
Emosi sampai punya.
 
Oleh sebab aku baik hati hari ni,
Aku carikan sinopsis drama ni.
Korang baca lah ekk.
Pastu, korang kene tengok.
Baru faham.
 
If korang miss tengok drama ni,
Korang boleh tengok kat website Tonton.
Teknologi hujung jari je beb!
Semua ada. kan? kan?
Hebat! *big claps*
 
Sinopsis drama:
 
Drama terbitan Pena Creative Sdn. Bhd (Pn. Hajjah Ziela Jalil) ini  mengisahkan tentang keluarga Salina dan Salimah (Rozita Che Wan dan Ayu Raudhah), dua saudara yang begitu akrab. Salina dan Azrul( Zul Ariffin) merupakan pasangan kekasih dan akhirnya mereka telah melangsungkan perkahwinan.Walaupun telah beberapa bulan berkahwin, kepercayaan Salina terhadap suaminya kian pudar kerana Azrul sering di ganggu oleh setiausahanya Malina (Julia Ziegler) dan Salina risau jika Azrul tergoda dengan pujuk rayu Malina.
 
Suatu hari Salina mendapat tahu dirinya mengandung. Ini membuatkan seluruh keluarganya berasa gembira tetapi Malina pula berperasaan sebaliknya. Ketika kandungan Salina berusia tujuh bulan, Salina terlibat dengan kemalangan ketika pulang dari bersiar-siar bersama Azrul. Akibat kemalangan tersebut Salina telah hilang ingatan dan anak di dalam kandungannya terpaksa dikeluarkan tidak cukup bulan. 

Setelah keadaan Salina pulih, dia dimasukkan kedalam wad mental.Azrul tidak tentu arah dan dia bernasib baik kerana Fauziah ibu mertuanya serta Salimah membantunya menguruskan anaknya yang "kehilangan" ibu itu. Fauziah amat bersyukur kerana Salimah sanggup menjaga Rina,anak kakaknya itu.

Salimah mempunyai teman lelaki tetapi apabila Fauziah meluahkan hasrat hatinya untuk mengahwinkan Salimah dengan Azrul, Salimah berasa serba salah. Namun demi kakak tersayang Salimah telah mengorbankan cintanya. Ini membuatkan Malina semakin berdendam kerana usahannya untuk memikat dan menggoda Azrul tidak menjadi.

Ketika menghadiri mesyuarat Azrul mendapat panggilan daripada hospital mengatakan bahawa ingatan Salina telah pulih.Azrul, Salimah dan Fauziah amat gembira namun pada masa yang sama risau kerana tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada Salina keadaan terkini keluarga mereka.
 
 
Selamat menonton kawan-kawan!
 
p/s : eksaited gila nak taw ending cite ni. Cmne Azrul nak explain kat Salina yang dia actually dah kawen ngan Salimah. Mne boleh husband kte kawen ngan adik beradik kte kan? if only if one of them tu passed away.  Then, baru leh kawen ngan adik beradik tu jugak. So, dia nak ceraikan yg mana 1?? Sama2 kte tunggu dan lihat ye.

Tuesday, August 2, 2011

Katira Johor!

Assalamualaikum.

Entry kali ni nak cerita pasal Air Katira.
Pernah dengar tak air ni air pe??
Haa. Actually, air ni feymes gila kat Johor!
Kalau orang-orang Johor tataw, memang kene buang negeri lah.
Hahaha!
Air ni memang favorite aku masa nak berbuka puasa.
Semalam, baru je beli.
Alhamdulillah.
Hilang dah craving. heh.

Aku tak pernah buat air ni lagi.
Tapi, aku dapat info nak buat air ni dari one of the bloggers.
Harapnye aku boleh lah buat air ni.
Lagipun, just air je kot.
Simple gila!!
*bajet cakap besar, bile buat cam hampeh*
Hahaha!

Bahan-Bahannya: 
410 gm susu cair
500 ml ais krim soda
Sagu 3 warna
cendol
cincau - potong
kacang merah
hirisan kurma
air secukupnya

Bahan sirap hijau:
Gula (ikut suka manisnya)
sedikit pewarna hijau
daun pandan

Cara membuatnya:
Untuk sirap hijau: Masak air dan gula pasir, masukkan warna hijau dan daun pandan.
Bancuhkan sirap hijau dan susu cair.
Kemudian masukkan bahan-bahan lain dan ais krim soda.

Nanti, jadilah macam ni :

Courtesy of Google.

Buat pengetahuan semua,
Air Katira ni just only ada kat Johor je.
Aku dah try cari kat negeri lain.
Contoh: Selangor & Kuala Lumpur.
If nak try rasa, meh lah datang Johor.
Kalau malas, buat air ni sendiri. heh.

Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum.

p/s : Hari ni berbuka air lain. Sebab, semalam dah minum Air Katira ni. Esok kot minum air ni lagi. Hehe.

Buku Bogel?!!

Assalamualaikum.

Hari ni hari kedua berpuasa.
Masih lagi kuat dan larat untuk meneruskan "perjuangan" dan menahan nafsu.
Alhamdulillah.

Entry kali ni nak cerita pasal Buku Bogel.
Hah?? 
Bogel??
Seriously?
Yeappp! Sangat2 serious. heh.
Pleaseeee!! Jangan pikir bukan-bukan.
Btw, buku Bogel ni title dia, BOGEL MUNUJU TUHAN.
Author dia, Zahiril Adzim.
Kenal dia tak??
Hmm. Sure mesti kenal punyelah!
*kenyit-kenyit mata sambil buat thumbs up*

Copy from Zahiril Adzim's Facebook.

Bogel Munuju Tuhan ni cerita pasal sajak & catatan harian Zahiril Adzim.
Sangat-sangat best.
Romantik, jiwang dan sangat bermakna.
Awwwwhhh! *melting kejap*
Bukan omongan kosong je tau. heh.
Pasal kehidupan manusia atas bumi ni &as khalifah Allah.

Kat dalam buku ni jugak ade cerita pasal tunang dia, Shera Aiyob.
Ade 1 part ni, dia cakap "Aku tak mampu menulis puisi cinta buat kau."
Tapi, padahal, yang dia buat sajak puisi untuk tunang dia tu dah memang romantik dah pun.
Lain kali jangan tipu-tipu lagi ok!
Hahahahahaha.

Copy from Shera Aiyob's Official Fanpage.

Buku ni harga dia RM30.
Boleh buat online order. *katanya*
Search Zahiril Adzim kat fb.
Default pic sekarang, Buku Bogel Menuju Tuhan. *mention sebab takut kene yang fake*
Tapi, aku beli kat MPH je.
Rasa macam kat semua MPH ade je.
Pandai2 lah cari ye!
Tp, yg penting, buku ni extraordinary awesome!
Sure tak menyesal duit terbang.
Hehe.

Okai.
Sampai sini je aku nak conteng untuk entry kali ni.
Nanti aku conteng lagi eh.
Jap!
Nak tunjuk bukti yang aku beli buku dia ni.
*nak jugak tu*

Tadaaaaaa!

Ade nama aku tu. *even orang tu confirm orang lain*

Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum.

p/s : Beli jangan tak beli ok! *die hard fan Ajim*

Monday, August 1, 2011

Datuk yang BARU

Assalamualaikum.

Masih lagi aku rajin dan larat untuk menaip untuk entry yang seterusnya.
Alhamdulillah.
*syukur*

Entry untuk kali ni,
Aku nak cerita pasal Datuk.
Ni bukan Datuk yang ayah kepada ayah kita tu tau.
Tapi,
Datuk yang ada pangkat.

Semua dah taw kan yang Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dah tukar orang.
Sedih gila-gila kot.
Sebab, aku sayang gila yang lama tu.
22 tahun dia pegang jawatan tu.
Nama dia, Yang Mulia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah.
Wow!
Dia dah dapat gelaran Tan Sri.
Maknanye, dia dah banyak sangat berjasa kat negara kita ni.
Tahniah!
Woots!
*tepuk tangan kuat-kuat sambil tabik spring banyak kali*

Semalam,
Dah pun bertukar orang.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru ni nama dia Datuk Syed Danial Syed Ahmad.
Dia dapat kontrak 3 tahun.

Sedih gila.
Bukan pe.
Sebab, aku membesar dengan Engku Ibrahim tu.
Setiap kali nak umum puasa dan raya,
Aku lah yang terpacak kat depan TV sebab nak tengok muka dia.
Dia selalu announced raya ngan muka yang memang takde sense of feeling.
Tu yang style habis tu!
Orang ingat sampai bila-bila.
Hahahaha!

Tapi, takpelah.
Takkan if tukar orang, kita tak nak puasa pulak.
Ye tak?
Jadi,
Tak kisahlah.
Puasa kene diteruskan juga.
Cuma, feel kemeriahan nak sambut puasa dan raya macam dah lain sikit.
Lain je.
Bukan kurang tau.
Tak baik cakap camtu.
Hehehe!

                                         Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Dah pun diganti dengan yang ini :

                                         Datuk Syed Danial Syed Ahmad


Okay.
Cukuplah untuk entry kali ni ye.
Ade masa, aku conteng lagi.

Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum.

p/s : Aku nak tengok Datuk ni masa nak umumkan raya nanti. Harap dapatlah tengok.

Contengan Jalanan seorang Novelis

Assalamualaikum.

Sila lah jawab.
Nanti dapat pahala.
*senyum*

Entry kali ni,
Nak cerita pasal Contengan Jalanan.
Tapi,
Contengan Jalanan tu pe?

Okay.
Meh nak explain sikit.
Ape tu Contengan Jalanan.
Contengan Jalanan ni novel tau.
Hlovate yang buat.
Siapa-siapa yang penggemar novel, mesti taw dan kenal siapa Hlovate tu.
Dia memang novelis yang sangat-sangat berbakat.
Novel-novel dia semua super duper double awesome!
*tepuk tangan kuat-kuat sambil buat tabik spring*

Contengan Jalanan ni pun one of the best novel daripada Hlovate.
Novel ni banyak cerita pasal nak mencari identiti diri sendiri.
Siapa diri kita yang sebenar?
Apa tujuan kita hidup kat atas muka bumi ni?
Sampai bila kita nak hidup enjoy atau pikir duniawi je?
Semua persoalan ni ade terjawab dalam novel ni.
Kita akan realize satu persatu dan mulalah rasa insaf kat diri sendiri.

Yang bestnye pasal Hlovate ni,
Dia selalu provide something as bukti untuk ape yang dia tulis.
Contoh macam dalam novel ni,
Dia bagi contoh dalil-dalil Qur'an in every scenes yang happened.
We as a Muslim,
Memang tak boleh deny lah if someone bagi bukti ayat Qur'an kan?
Jadi,
Dah terbukti yang novel ni memang sangat-sangat awesome. 
Bukan contengan biasa je.
Bermanfaat dan ada isi.

-courtesy of Google-
                                     
Novel ni actually ade 2 cerita.
1 part dia cerita pasal Fend.
Dan yang 1 part lagi cerita pasal K-Square.
Kita boleh start baca mana-mana part.
Sebab,
Cerita pasal 2 orang yang berlainan.
Tapi,
Still ade related with one another.

Jadi,
Aku suggestkan kat korang yang belum beli lagi novel ni,
Anda dialu-alukan untuk beli.
Sangat-sangat tak rugi dan berbaloi.
RM21 je kalau beli kat MPH.
Rasa-rasanye kalau beli kat kedai buku lain pun still harga sama kot.
Tak taw lah pulak if harga lain.
Kalau harga lain, 
I'm Sorry. (tagline Amir RajaLawak) 

Waktu berbuka pun dah nak masuk dah ni.
Tunggu contengan seterusnya lah ye.
Harap-harap rajin aku nak membebel plus menaip.
*tadah tangan berdoa*
Hehehe!

Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum.

p/s : Tetibe macam teringin nak jumpa face-to-face ngan Hlovate. Nak give her hugs kuat-kuat dan mestilah nak take picture together plus mintak signature sekali. Ye tak? Amboi kau! Haha!

Ramadhan Muncul Lagi

Assalamualaikum.

Tak jawab dosa, kalau jawab gatal.
Ehh!
Tak baik betul tagline macam ni kan?
Sepatutnya atau sebaiknya,
Tak jawab dosa, kalau jawab dapat pahala.
*baru boleh senyum lebar nampak gigi*

Fuhhhhhh! Fuhhhh! Fuhhh! 
Berhabuk. 
Bersawang dah blog aku ni. 
Lama sangat tak meng"update".
Bukan pe.
Takde mood lah nak membebel.
Plus, malas nak menaip. hehe. 
*rasa mcm nak hire assistant je mintak tolong taipkan*

Kejap. Kejap.
Aku rasa mcm nak tegur pasal ejaan RAMADHAN.
Actually, ejaan betul RamaDHAN.
Bukan RamaDAN.
Sebab, 
Dalam jawi, huruf dhad. 
Bukan dal.
Takut bawak maksud yang lain pulak. 

Baiklah.
Tujuan asal nak menconteng blog kali ni,
Cuma nak wish,
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Sama-samalah kita memperbanyak amalan-amalan ibadah kepada Allah.
Buat perkara-perkara sunat macam sembahyang Dhuha, baca Qura'n dan macam-macam lagi.
Sentiasa ingat yang mungkin Ramadhan kali ni Ramadhan yang terakhir untuk kita ke?
Siapa tahu?

Jadi, 
Jom kita sama-sama habiskan masa kita beribadah kepada Allah.
Bulan Ramadhan, bulan yang mulia.
Let's grab the chances together! 
Woots! 
*muka penuh semangat*

Tu je kot benda yang aku nak bebel lepas lama sangat menyepi.
Tunggu lah kemunculan next- next entries ye. 
*bajet macam one of the bloggers feymes lah konon*
Hahaha!

Sampai jumpa lagi.
Assalamualaikum.

                                               -courtesy of encik Google-
                                                       
p/s : Puasa penuh dulu ye. Lepas tu, baru boleh fikir nak raya. Kejar pahala, bukan kejar dosa.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...